Friday, September 19, 2014

Omar Mukhtar






Omar Mukhtar, mungkin nama ini adalah satu nama yang asing bagi kebanyakan dari kita. Beliau bukanlah pembebas Baitulmaqdis seperti Sultan Salahuddin Al Ayubi ataupun bukanlah pembuka kota Konstantinople seperti Sultan Muhammad Al Fateh, beliau hanya seorang tua yang berjuang mempertahankan agama dan tanah airnya hingga ke titisan darah terakhir.
Omar Mukhtar di lahirkan di daerah Barqa (Libya) pada tahun 1858 dan merupakan seorang guru yang mengajar Al Quran. Walau bagaimanapun kehidupan beliau berubah pada tahun 1911 apabila Itali berjaya mengalahkan Empayar Uthmaniyah melalui pengkhianatan lalu menjajah Libya. Pada awal tahun 1912 bermula jihad Omar Mukhtar melawan penjajah Itali.
Perjuangan Omar Mukhtar menentang penjajah Itali berlangsung hampir 20 tahun lamanya. Di dalam masa tersebut, beliau telah berjaya mengalahkan pasukan tentera Itali beberapa kali walaupun pasukan tentera Itali mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap dan maju seperti kereta perisai dan juga kapal terbang. Kebolehan Omar Mukhtar untuk mengalah pasukan tentera Itali adalah kerana kebolehannya di dalam merancang peperangan gerila dan juga kebolehannya untuk menyusaikan diri dengan setiap perubahan strategi yang di buat oleh pasukan Itali. Oleh kerana kehebatan beliau di dalam peperangan gerila di padang pasir, beliau di beri gelaran "Singa Padang Pasir" oleh musuh - musuhnya.
Pada 11 September 1931, telah tercedera di dalam sebuah pertempuran dan pihak tentera Itali akhirnya berjaya menawan beliau. Pada 14 September 1931, mahkamah tentera Itali telah memerintahkan agar beliau di hukum gantung sampai mati dan pada 16 September di usia 73 tahun, beliau telah digantung di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment