Friday, September 19, 2014

Kehilangan pesawat MH370 enam bulan lalu diperingati

BEIJING: Lebih 30 orang berkumpul di kuil Buddha di sini bagi mengingati anggota keluarga, anak dan ibu bapa yang hilang genap enam bulan lalu selepas kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
Mereka dikelilingi anggota polis yang menghalang mereka daripada daripada bercakap dengan wartawan atau memasuki kuil secara berkumpulan.
Kumpulan saudara-mara mangsa pesawat terbabit memakai kemeja-T putih yang dicetak dengan ungkapan 'Berdoa untuk kembalinya MH370'. Mereka akhirnya berjaya masuk ke kuil berkenaan selepas terpaksa melalui kawalan keselamatan yang ketat.
Pesawat MH 370 itu hilang pada 8 Mac lalu di Lautan Hindi dengan 239 penumpang dan kru, sebahagian besarnya warga China. - AP

No comments:

Post a Comment