EDINBURGH: Rakyat Scotland yang mengundi dalam pungutan suara menolak untuk berpisah dan sebaliknya memilih untuk kekal bersama Britain.
Keputusan itu menyelamatkan penyatuan lebih 307 tahun bersama England sekali gus memberi nafas lega terhadap kestabilan politik Britain termasuk Perdana Menteri, David Cameron yang berdepan gesaan supaya meletak jawatan sekiranya Scotland mengundi mahu bebas.
Keputusan undian yang diumumkan hari ini menunjukkan 55 peratus menentang untuk berpisah berbanding 45 peratus bersetuju ketika jumlah peratusan yang keluar mengundi dalam proses pungutan suara itu kurang 85 peratus.
Majoriti pengundi tidak bersetuju dengan tindakan menteri pertama Scotland, Alex Salmond yang melancarkan usul bagi menubuhkan sebuah negara baharu.
Mereka sebaliknya memilih kestabilan yang ditawarkan bagi kekal dalam United Kingdom bersama England, Wales dan Ireland Utara. - AP
No comments:
Post a Comment