Wednesday, September 3, 2014

Jepun bimbang wabak denggi kembali selepas 70 tahun



AFP
DUA pekerja menyedut air daripada sebuah longkang di Taman Yoyogi di Jepun sebagai langkah mengatasi masalah denggi yang kini kembali melanda negara itu.


TOKYO - Jepun bersama pihak berkuasa tempatan kini sedang berusaha menentang penularan wabak denggi selepas mengesahkan terdapat 19 kes terbaharu yang melibatkan wabak itu yang melanda beberapa buah kawasan popular di pusat bandar Tokyo.
Kes-kes itu yang diumumkan kelmarin meningkat sebanyak 22 kes setakat ini. Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan tiga kes tempatan yang pertama berlaku dalam tempoh 70 tahun.
Sebagai usaha membasmi denggi, Tokyo mula melakukan semburan di beberapa kawasan seperti di taman Yoyogi selain kawasan hijau yang luas di sebelah Meiji Shrine yang menjadi lokasi popular di Tokyo.
Jepun menerima puluhan kes demam denggi setiap tahun terutamanya dalam kalangan pelancong yang pulang daripada melancong ke kawasan-kawasan beriklim tropika.
Wabak itu yang hanya dijangkiti melalui gigitan nyamuk merupakan perkara biasa di Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, namun telah berjaya dibasmi sejak beberapa dekad.
Seseorang yang dijangkiti denggi akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit-sakit sendi dan sakit kepala yang masih belum menemui mana-mana kaedah perubatan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3CC8WIaSd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment