Wednesday, September 3, 2014

Rungutan bawa padah


Jakarta: Seorang mahasiswa undang-undang mungkin dipenjara selepas menggunakan media sosial merungut mengenai perkhidmatan di sebuah stesen minyak di Jogjakarta.

Florence Sihombing, 26, ditahan polis Sabtu lalu kerana mengadu mengenai pengalamannya di sebuah stesen minyak.

Peguam graduan pascaijazah itu berkata, Florence cuba memotong barisan panjang motosikal menunggu giliran mendapatkan petrol subsidi.

Dia kemudian berbaris dengan kenderaan lain yang mahu membeli petrol tanpa subsidi.



Namun, pekerja di stesen minyak itu enggan menjual petrol tanpa subsidi itu kepada Florence apabila gilirannya tiba.

Dia membuat kenyataan di media sosial Path dengan berkata: “Jogja bandar miskin, bodoh dan tidak berbudaya.


Kawan-kawan di Jakarta dan Bandung, tolong jangan menetap di Jogja.” Satu klip video menunjukkan Florence merungut juga dimuat naik di Internet dan menarik banyak komen negatif.


Selepas mendapat aduan penduduk Jogjakarta, polis menahan Florence kerana melanggar Undang-undang Transaksi Elektronik dan Maklumat untuk menghasut kebencian.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

No comments:

Post a Comment