Jakarta: Tidak seperti kebiasaan seorang pemimpin negara, Joko Widodo (Jokowi) mengetepikan protokol dengan mengarahkan bas khas dinaikinya berhenti untuk melayan soalan wartawan.
Media semalam melaporkan, Jokowi dalam perjalanan meninggalkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis di situ.
Bersama konvoi itu ialah rombongan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan naibnya, Boediono.
Ketika bas dinaiki Jokowi melepasi laluan keluar, bakal presiden ketujuh Indonesia itu ternampak deretan wartawan mencarinya untuk ditemu bual.
Apabila mendengar mereka memanggil, Jokowi mengarahkan pemandu bas itu berhenti dan mempelawa wartawan terbabit naik.
Sumber berkata, ada kira-kira 10 wartawan naik dan dipelawa duduk bersama Jokowi di dalam bas berkenaan.
Memang menjadi kebiasaan Jokowi dia tidak menaiki kenderaan rasmi presiden setiap Jumaat, sebaliknya hanya menggunakan bas khas.
Jokowi juga sempat bergurau dengan mereka sebelum menyambung perjalanan dengan kenderaan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07
No comments:
Post a Comment