Sunday, September 7, 2014

Nasib Presiden Perancis makin malang


Paris: Masalah terus datang bertimpa-timpa ke atas Presiden Perancis Francois Hollande.

Ketika negara itu terus berdepan masalah ekonomi dan kerajaan dikecam, kini tiba giliran aib peribadi Hollande dilondehkan - tidak lain oleh bekas pasangannya sendiri.

Dan jika keadaan mengizinkan, mimpi ngeri Hollande tidak berakhir di situ saja kerana pesaing politiknya, Nicolas Sarkozy mungkin membuat kemunculan semula dalam tempoh terdekat.



Populariti Hollande mencatat taraf paling rendah ketika ini dengan tiga kaji selidik menunjukkan sokongan terhadapnya adalah paling buruk berbanding mana-mana Presiden Perancis moden.

Bekas Wanita Pertama Perancis, Valerie Trierweiler menggambarkan Hollande sebagai penipu.

Dalam buku yang diterbitkan tujuh bulan selepas dia dan Hollande berpisah, Valerie mendedahkan perincian kecurangan ahli politik sosialis itu mengabaikan golongan miskin - satu daripada ‘dosa’ besar untuk fahaman berkenaan.

Kata Valerie, pernah pada satu ketika Hollande menggelar golongan miskin sebagai individu yang “rongak” kerana tidak mampu membiayai rawatan gigi.


Hollande kemudian tampil mempertanankan diri dalam sidang media khas dengan menegaskan, pembabitannya dalam politik didorong kepada keinginannya membantu golongan tertindas.


Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas menteri yang baru dilantik Hollande mengecam dasar ekonominya secara terbuka.

Emmanuel Macron berkata, dia mungkin menilai semula dasar kerja 35 jam seminggu yang diamalkan di Perancis - langkah yang menyebabkan kemarahan di kalangan golongan kiri negara itu.

Selepas berpisah dengan Valerie, Hollande menjalin hubungan dengan aktres, Julie Gayet.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment