SEOUL 6 Sept. - Korea Utara, hari ini melancarkan tiga ujian peluru berpandu jarak sederhana di perairan pantai timur negara ini mengakibatkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menjelang cuti pesta menuai di negara itu.
Peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah lokasi berhampiran pelabuhan tenggara Wonsan awal pagi ini terbang sejauh 210 kilometer sebelum jatuh ke perairan di Laut Jepun.
Senjata itu dipercayai peluru berpandu taktikal baharu yang dilancarkan Pyongyang sejak beberapa minggu ini.
"Memandangkan jarak dan trajektori itu, peluru berpandu yang dilancarkan, hari ini menyamai jenis peluru berpandu yang dilancarkan pada 14 Ogos dan 1 September lalu,'' kata seorang jurucakap tentera yang dipetik agensi berita Yonhap sebagai berkata. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140907/lu_06/Korea-Utara-lancar-ujian-peluru-berpandu#ixzz3CZatbGcA
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment