Sunday, August 31, 2014

Russia tidak boleh berdiam diri bila penduduk Ukraine ditembak - Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto AP

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, menegaskan Moscow tidak boleh berdiam diri apabila orang ramai ditembak di Ukraine.
Beliau berkata demikian dalam temubual dengan TV Channel 1 Russia.
"Perlu diingat bahawa Russia tidak boleh berdiam diri apabila orang ramai ditembak hampir dari jarak dekat," katanya seperti dipetik agensi berita ITAR TASS.
Ditanya apakah boleh dijangka pengakhiran krisis di Ukraine, agensi berita RIA melaporkan Putin sebagai berkata: "Tidak. Ia bergantung kepada kesanggupan politik pihak berkuasa semasa Ukraine."
Barat menuduh Moscow menyokong puak pemisah pro-Russia yang menentang pasukan tentera kerajaan Ukraine di timur negara itu. Russia menafikan tuduhan itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment