Wednesday, October 22, 2014

Ajaran Millah Abraham terpesong



INILAH kitab digunakan ahli ajaran sesat Millah Abraham yang dirampas oleh Jawi di sebuah permis Pusat Perniagaan Megan Phoenix, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Millah Abraham yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) malam kelmarin didapati terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar apabila ahlinya tidak perlu menunaikan solat lima waktu selain percaya terdapat nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, ahli kumpulan ini juga didapati mentafsir al-Quran dan hadis menggunakan akal fikiran.
Difahamkan, kumpulan ini merupakan pecahan Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang menggunakan nama lain selepas ia diharamkan di negara ini.
Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima aduan daripada ahli keluarga individu terbabit yang mendakwa kumpulan tersebut terpesong.
“Hasil risikan selama tiga bulan terhadap kumpulan tersebut mendapati mereka telah mengadakan ceramah dan kelas untuk memesongkan akidah umat Islam.
“Kami juga mendapati ajaran sesat ini bergiat aktif di Lembah Klang sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Gow2ISIf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment