Menurut laporan itu, kira-kira 75 peratus daripada anggaran 345 kematian akibat keganasan yang berlaku setiap hari dilaporkan berlkau di negara-negara yang aman.
“Kami mendedahkan fakta bahawa kanak-kanak mengalami keganasan melampau dalam kehidupan sehari-hari di mana-mana sahaja,’’ kata Ketua Global Perlindungan Kanak-Kanak bagi UNICEF, Susan Bissell kepada Yayasan Thomson Reuters.
Di beberapa negara, kematian akibat keganasan mencatat pe­ningkatan berbanding kematian kanak-kanak akibat kelaparan dan penyakit.
“Apa yang mengejutkan adalah kita telah memberi tumpuan selama dua hingga tiga dekad dan pa­ling penting ialah kepada kematian kanak-kanak akibat penyakit yang boleh dicegah. Laporan ini me­nyatakan bahawa kita perlu memikirkan tentang kematian kanak-kanak daripada pelbagai punca.
“Dan agak mengejutkan untuk digambarkan bahawa kita tidak mencapai matlamat daripada segi kelangsungan hidup kanak-kanak sekiranya kita tidak menangani isu perlindungan kanak-kanak. Ia perlu dilakukan bersama-sama,” kata Bissell.
Sementara itu, ketua kempen dan sokongan bagi UNICEF UK, Leah Kreitzman berkata, jutaan kanak-kanak di dunia terdedah kepada penderaan, sama ada secara fizikal, seksual dan emosi di rumah, sekolah dan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, semakin ramai kanak-kanak mempunyai menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mental secara kekal akibat keganasan setiap hari, namun keba­nyakan keluarga mereka tidak kisah jika ditangkap pihak berkuasa kerana mereka tidak akan menerima pertolongan. - REUTERS