Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 10:09 AM
Malah, republik tersebut juga buat julung kalinya membenarkan pesawat Pentagon mendarat di Pyongyang pada Selasa bagi membawa tahanan yang dibebaskan itu pulang.
Jeffrey Fowle, yang ditahan awal tahun ini meninggalkan republik itu dalam keadaan baik.
Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest berkata, Fowle kini dalam perjalanan pulang selepas Pyongyang memberi Washington tempoh masa untuk membawanya keluar dari republik itu.
"Sudah tentunya kami mengalu-alukan keputusan republik itu untuk membebaskan Fowle.
"Fowle diperiksa oleh doktor dan keadaan kesihatannya disahkan baik," kata Earnest.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata pesawat dari Pyongyang itu akan terbang ke Guam sebelum tiba di AS.
Beliau enggan mengulas lanjut tempoh masa Fowle dijadual tiba dirumahnya di Ohio.
Beliau turut enggan mendedahkan bagaimana pembebasan itu diperolehi sebaliknya menegaskan usaha masih diteruskan untuk membebaskan dua lagi rakyat AS iaitu Matthew Miller dan Kenneth Bae.
No comments:
Post a Comment