Lewinsky berucap pada Sidang Kemuncak Bawah 30 Forbes di Philadelphia, kelmarin.
Lewinsky (kiri) ketika bergambar dengan Clinton semasa menjadi pelatih di White House sebelum hubungan cinta mereka didedahkan media pada 1998.
NEW YORK 21 Okt. - Monica Lewinsky, wanita yang pernah menggemparkan dunia kerana mempunyai hubungan cinta dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton, akhirnya membuat kemunculan pertama di khalayak ramai, semalam selepas menghilangkan diri selama 13 tahun.
Mail Online melaporkan, Lewinsky diundang sebagai salah seorang daripada speaker pada Sidang Kemuncak Bawah 30 anjuran Forbes di Philadelphia bagi membicarakan tentang kisah hidupnya dan musuh utama gangguan zaman digital.
“Enam belas tahun lalu, sejurus menamatkan pembelajaran saya, saya jatuh cinta dengan bos saya (Clinton),’’ kata Lewinsky, 41, sambil diberikan tepukan gemuruh oleh penonton, sebelum menyambung ucapannya dengan penuh bersemangat menyatakan tentang harga yang perlu dia dibayar ekoran skandal yang menyelubunginya itu.
Menurut Lewinsky, ekoran pendedahan skandal itu, dia mula menjadi individu yang tidak dikenali kepada personaliti (Clinton) yang dimalukan secara terbuka. Saya menjadi ‘pesakit kosong’, individu pertama yang reputasinya musnah sama sekali di dunia dalam Internet.
“Saya kehilangan keyakinan diri atau ia telah dicuri, daripada satu cara ia adalah satu bentuk kecurian identiti,’’ katanya tentang layanan buruk yang diterimanya di tangan media pada ketika itu, sehingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.
Katanya, disebalik kepayahan yang dilaluinya itu, dia berjaya mengharungi setiap cabaran itu dengan mengambil kisah Tyler Clementi yang mati membunuh diri pada 2010 akibat dibuli sebagai inspirasi baginya untuk meneruskan hidup.
Dua jam sebelum Lewinsky berucap pada sidang kemuncak itu, dia sempat mewujudkan akaun Twitternya dengan menggunakan hashtag #HereWeGo.
Dalam tempoh 40 minit sahaja, Lewinsky sudah mempunya lebih 1,400 orang pengikut dan 35 minit berikutnya, sebanyak 6,000 penggunna Twitter telah mengikuti akaun miliknya.
No comments:
Post a Comment