SYDNEY - Sekumpulan doktor pakar di Hospital St Vincent dengan kerjasama Institut Penyelidikan Jantung Victor Chang berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung tanpa perlu menerima jantung daripada penderma yang meninggal dunia akibat mati otak.
Pada masa kini, seramai tiga pesakit berjaya menjalani pembedahan dengan cara tersebut iaitu Michelle Gribilas, 57, Jan Damen, 44, dan seorang lagi pesakit yang masih dalam rawatan.
“Saya kini boleh menjalani hidup seperti biasa dan saya mampu berjalan sejauh tiga kilometer sehari,” kata Damen yang gembira dengan perubahan kesihatannya.
Teknik pemindahan baharu ini melibatkan jantung penderma yang dipindahkan kepada satu mesin mudah alih yang dikenali sebagai ‘kotak jantung’ dan di dalam mesin itu jantung akan disuntik dengan ubat bagi membolehkan organ itu berada dalam keadaan sempurna sebelum dipindahkan ke jantung penerima.
Pengarah Perubatan dari Unit Pemindahan Jantung Hospital St Vincent, Profesor Peter MacDonald berkata, teknik baharu itu membolehkan darah di dalam jantung itu mengalir seperti biasa sementara menunggu untuk dipindahkan.
Pihak hospital percaya cara itu mampu menyelamatkan lebih ramai pesakit jantung selain dapat meningkatkan jumlah penderma jantung yang sebelum ini memerlukan cuma pesakit yang mengalami mati otak 100 peratus.
Masalah kekurangan oksigen biasanya menyebabkan jantung seseorang penderma rosak dan tidak dapat dipindahkan kepada penerima. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3H6CFMt66
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment