MANILA: Presiden Benigno Aquino hari ini menegur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak membekalkan senjata mencukupi kepada anggota pengaman Filipina di Bukit Golan.
Aquino berkata penolakan PBB terhadap permintaan untuk memperlengkapkan anggota pengaman itu dengan senjata membuat mereka tidak berdaya ketika diserang pemberontak berkaitan al-Qaeda, yang mengepung mereka Ogos lalu.
"Tentera kami tidak boleh menganggotai 'mission impossible' atau misi mustahil atau tidak jelas seperti ini," kata Aquino pada Majlis Penyampaian Pingat kepada anggota tentera Bukit Golan di Istana Presiden hari ini.
Filipina, salah sebuah negara Asia Tenggara yang mempunyai anggota terbesar dalam pasukan pengaman PBB, menarik balik 344 anggotanya dari Bukit Golan berikutan keadaan semakin teruk di sana bulan lalu.
Ia dilakukan selepas berpuluh-puluh anggota pengaman bertempur dengan pemberontak berkaitan al-Qaeda selama empat hari.
Pemberontak terbabit juga merampas senjata 45 anggota pengaman Fiji dan menculik mereka, tetapi kemudian membebaskan mereka tanpa dicederakan. - AFP
No comments:
Post a Comment