Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 1:13 PM
SUNGAI PETANI: Seorang penyelia hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya, yang menghina kaum mamak dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Ogos lalu.
A.Rajaretinam, 52, dituduh melakukan perbuatan itu di kedai makan sebelah Kuil Kottumalai Vinayagar Jalan Persiaran Maybank, Kuala Lumpur pada 25 Ogos pukul 10.34 pagi.
Dia dituduh dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dalam Facebook yang dianggap menghina itu.
Rajaretinam yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S.Ganeson.
Ahmad Zaki menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

No comments:
Post a Comment