Thursday, October 2, 2014

Tentera - Pemberontak Bertempur : 10 Orang Awam Terbunuh


Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 11:34 AM

DONETSK: Seramai 10 orang awam disahkan maut pada Khamis selepas kumpulan pemberontak yang menguasai bandar ini melakukan serangan besar-besaran.
Mereka yang terbunuh terdiri daripada murid sekolah, keluarga, dan guru-guru ketika hari pertama persekolahan dibuka.
Peperangan antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia turut memaksa penghuni sekolah bersembunyi di bilik bawah tanah.
Serangan terhadap bas sekolah itu mengorbankan empat orang dewasa dan selainnya dikenalpasti sebagai kanak-kanak.
Angka kematian tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan selepas gencatan senjata dipersetujui sebelum ini.
Pertempuran itu dilaporkan berlaku kerana perebutan kawasan antara kedua-dua belah pihak di bandar berkenaan.
Malah kedua-dua pihak juga saling tuduh-menuduh supaya bertanggungjawab terhadap kematian orang awam.
Sementara itu Canselor Jerman, Angela Merkel yang menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin mendesak Moscow bertanggungjawab terhadap kumpulan pemberontak di Ukraine.
mstar

No comments:

Post a Comment