Thursday, October 2, 2014

Sewa pada kilang


Seremban: “Sebenarnya dewan orang ramai itu tidak digunakan lagi apabila sebuah dewan baru dibina di kampung ini.
“Sehubungan itu, jawatankuasa pengurusan kampung bersetuju menyewakan kepada sebuah kilang dan wakil kilang terbabit memberitahu mahu menempatkan pekerja. Kami tidak tahu pekerja dimaksudkan pendatang asing tanpa izin (PATI),” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) LB Johnson, Razi Adam, 65. 
Beliau mengulas dakwaan kampung itu menjadi tempat persembunyian PATI apabila sebuah dewan orang ramai yang lama dan bekas sebuah sekolah agama di situ disewakan kepada PATI antara RM50 hingga RM100 sebulan. 

Menurut Razi, beliau mengakui dewan orang ramai lama di kampung itu disewakan pihaknya, tetapi bukan untuk PATI, sebaliknya kepada sebuah kilang.
Foto
ANTARA PATI ditahan imigresen dalam serbuan di Kampung LB Johnson.

Katanya, tiga minggu lalu, seorang wakil sebuah kilang dari Sepang, Selangor, menemuinya bersama Setiausaha dan Bendahari JKKK kampung terbabit.

“Wakil syarikat itu memaklumkan mahu menyewa dewan lama itu dengan bayaran RM3,500 sebulan menyebabkan kami bersetuju, malah memiliki surat perjanjian. 

“Bilik berkenaan dibina sendiri warga asing dan majikan mereka, bukannya kami,” katanya. 

Razi memaklumkan perkara itu kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) Faizal Fazri Othman, semalam ketika disoal siasat di Wisma Negeri, di sini. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment