PARIS - PERANCIS. Perancis, kelmarin mengisytiharkan zon bencana alam di kira-kira 60 bandar di selatan negara itu susulan hujan lebat berterusan yang turut menenggelamkan bandar Montpellier.
Menurut laporan AFP, perkhidmatan cuaca Meteo-France memaklumkan, sungai di wilayah Languedoc-Roussillon kini melimpah dan membanjiri lebuh raya.
"Dalam hanya beberapa jam, Montpellier mengalami taburan hujan sehingga 300 milimeter yang bersamaan dengan rekod untuk tempoh enam bulan. Situasi tersebut mencatatkan rekod terburuk sejak 1957," katanya.
Selain itu, lebih 4,000 penduduk yang terjejas terpaksa bermalam di pusat kecemasan dan sekolah malah ada yang terkandas di lapangan terbang serta stesen kereta api.

No comments:
Post a Comment