Thursday, October 2, 2014

‘Syukur semua sudah selesai’



SHALWATI memeluk erat anak-anaknya sebaik saja bertemu di LTSIP, Pengkalan Chepa malam tadi.


KOTA BHARU – Setelah sembilan bulan terpisah, akhirnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini malam tadi menjadi saksi penyatuan keluarga Azizul Raheem dan Shalwati Norshal serta empat anaknya sambil diiringi tangisan air mata gembira.
Kepulangan Shalwati, 46, yang dibebaskan Isnin lalu dari penjara di Sweden dengan diiringi suaminya, Azizul Raheem pada pukul 7.40 malam disambut dengan dakapan erat Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12 dan Arif, 8.
Sebaik melihat anak-anaknya yang menunggu dengan jambangan bunga dan perkataan Welcome Home Mummy, Shalwati berlari ke arah mereka dan memeluk cium anak-anaknya.
Kesyahduan itu turut dirasai orang ramai di sekitar balai ketibaan LTSIP.
Shalwati ketika ditemui pemberita menghela nafas panjang sebaik ditanya perasaannya dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3EwP6iY00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment