Thursday, October 2, 2014

10,000 ekor merpati diperiksa demi keselamatan di China


BEIJING 2 Okt - Sebanyak 10,000 ekor burung merpati yang dilepaskan dalam satu majlis sambutan Hari Kebangsaan China semalam dilapor telah melalui pemeriksaan ketat yang luar biasa.
Setiap ekor burung itu diperiksa bulu dan duburnya untuk mengesan kewujudan benda merbahaya sekali gus menggambarkan kebimbangan kerajaan China ke atas beberapa kemungkinan akan berlakunya serangan ke atas kepentingan negara berkenaan.
Burung yang menjadi simbul keamanan itu dilepaskan di Dataran Tiananmen, Beijing dalam satu sambutan ulang tahun ke 65 kewujudan Republik Rakyat China, pada 1 Oktober.
Pegawai Polis Keselamatan Dalam Negeri Beijing, Guo Chunwei berkata, pekerjanya memeriksa sayap, kaki dan dubur setiap ekor burung itu bagi memastikan haiwan itu tidak membawa bahan berbahaya.
Kata akhbar tempatan, setiap proses itu dirakamkan dan burung tersebut kemudian dimasukkan ke dalam kenderaan yang ditutup rapi untuk perjalanan ke Dataran Tiananmen. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_08/10000-ekor-merpati-diperiksa-demi-keselamatan-di-China#ixzz3EvvG4Z57
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment