Friday, November 14, 2014

18 tahun tak tidur telentang

Lenggong: “Sudah 18 tahun saya tidak boleh tidur secara melentang kerana tulang belakang bengkok dan terasa sakit,”” kat warga ema, Mohamed Arshad, 88, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gua Badak, di sini, semalam.
Menurutnya, penderitaan hidupnya itu berpunca disondol seekor lembu betina menyebabkan badannya cedera termasuk tulang belakang membengkok membentuk seperti huruf ’C’.
Menceritakan kejadian itu, Mohamed berkata, pada hari kejadian, dia mengheret lembu betina berusia kira-kira dua tahun yang dipawah daripada jiran untuk dibawa ke padang ragut di depan rumahnya.
“Ketika mengheretnya ke padang secara tiba-tiba lembu itu meluru ke arah saya dari belakang dan kepalanya terus menyondol masuk ke celah kangkang menyebabkan saya terpelanting jatuh dan pengsan.
“Nasib baik isteri Rafiah Salleh, 74, ketika itu berada di luar dan melihat kejadian sebelum meminta beberapa jiran membantu membawa saya masuk ke dalam rumah,”” katanya.
Mohamed berkata, selain mendapatkan rawatan di Klinik Lenggong, di sini, dia dibawa untuk dirawat dengan puluhan pengamal perubatan tradisional sehingga ke Tanah Merah, Kelantan, tetapi kesakitan pada tulang belakang dialaminya tidak juga pulih sepenuhnya.
”Walaupun saya boleh berjalan, tetapi badan seperti tidak seimbang dan mudah tersungkur ke hadapan meskipun bertongkat.
“Sebelum kejadian, saya bekerja menoreh getah sendiri dan mengambil upah menoreh getah jiran bersama isteri, tetapi selepas kejadian itu, saya tidak lagi terdaya membuat sebarang kerja lagi,”” katanya.
Menurutnya, dia dan isteri sebelum ini dibantu anak sulungnya, Mokhtar yang bekerja sebagai pegawai Telekom Malaysia apabila memberinya wang RM300 sebulan, tetapi anaknya itu meninggal dunia kerana penyakit jantung pertengahan Julai lalu.
“Isteri saya pula menghidap darah tinggi tidak mampu membuat sebarang kerja dan kami tidak mahu menyusahkan lima anak perempuan kerana mereka juga hidup sederhana dan ada keluarga sendiri.
“Bantuan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan tidak mencukupi untuk makan kerana separuh daripadanya digunakan bagi membayar bil bulanan,”” katanya
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:14 AM


RAFIAH menunjukkan tulang belakang Mohamed yang membengkok membentuk huruf C angkara disondol lembu betina 18 tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9018#sthash.JIQuZa85.dpuf

No comments:

Post a Comment