Friday, November 14, 2014

Indonesia beri amaran keras pada Singapura

Jakarta: Panglima Tentera Indonesia, Jen Moeldoko menyampaikan bantahan keras negaranya kepada Singapura ekoran insiden dua warga Indonesia menyertai tentera Singapura.
Protes itu diserah Moeldoko kepada Panglima Tentera Singapura, Lef Jen Ng Chee Meng ketika kedua-duanya berhubung melalui telefon.
Melalui perbualan itu, Ng menyampaikan permohonan Singapura supaya Jakarta dapat melepaskan kedua-dua anggota tentera Indonesia untuk berkhidmat di pulau berkenaan.
Namun, kata Moeldoko, proses itu tidak dapat dijalankan begitu saja.
“Ia tidak semudah itu kerana ada peraturan yang mesti dipatuhi,” katanya semalam.
Dalam perbualan itu juga, kata Moeldoko, Jakarta mengingatkan Singapura supaya lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang lagi.
“Kami tidak boleh membiarkan ia terjadi lagi.
“Jika berulang, kami akan bersikap lebih keras,” katanya.
Sebelum ini Ketua Pusat Penerangan Tentera Indonesia, Mej Jen Fuad Basya menyatakan, dua warganegara itu sudah menjadi penduduk tetap Singapura dan menyertai tentera republik itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8930#sthash.yHxDKGV8.dpuf

No comments:

Post a Comment