Friday, November 14, 2014

Guru agama maut ditembak, anak parah


Yala: Seorang guru agama dibunuh, manakala anak lelakinya yang berusia tujuh tahun cedera parah dalam serangan di daerah Betong malam kelmarin.
Saudara mangsa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam ketika Asan Mahatae, 47, dalam perjalanan pulang dari masjid di Kampung Than Mali.
“Dia menunggang motosikal bersama anak lelakinya.
“Apabila Asan memarkir motosikal itu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya.
“Turut ditembak ialah rumah Asan,” katanya.
Ketika itu isteri dan empat anak Asan berada dalam rumah berkenaan.
Polis berkata, mangsa terkena banyak tembakan pada kaki kanan dan badan.
Asan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya, Nuchman Mataeha, cedera terkena satu das di badan.
Polis juga menemui sembilan kelongsong peluru AK-47 di tempat kejadian. -Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8926#sthash.xHqjtkAS.dpuf

No comments:

Post a Comment