Menurut laporan portal Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Ro­bert Stuart, 67 dari Cardiff dan Darren Hughes, 42, dari Bridgend melakukan pembedahan tersebut di Hospital Universiti Wales pada tahun lalu apabila menerima buah pinggang itu yang tidak diterima oleh beberapa hospital lain atas sebab tidak sesuai.
Bapa Hughes, Ian berkata, dia dimaklumkan bahawa seorang lelaki muda hanya dikenali sebagai Z, 39, yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta mendermakan buah pinggang kepada anaknya tanpa menge­tahui penderma tersebut merupakan seorang kaki mabuk dan gelandangan.
Jelas Ian, selepas pembedahan, baru dia mengetahui bahawa buah pinggang yang didermakan itu di­jangkiti kuman berbahaya iaitu ca­cing halicephalobus.
“Jika saya tahu asal usul buah pinggang itu, saya tidak akan menandata­ngani borang kebenaran bagi meneruskan pembedahan pemindahan organ tersebut ke atas anak lelaki saya.
“Disebabkan saya tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang penderma, akhirnya saya menandatangani surat kematian Hughes,” katanya.
Hughes melakukan pembedahan tersebut buat kali pertama, manakala Stuart sudah tiga kali dibedah untuk menerima buah pinggang baharu.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat jangkitan kuman di bahagian otak disebabkan parasit buah pinggang yang mereka terima itu.