Dalam kejadian tersebut, kira-kira 100 polis menggunakan penyembur lada dan cota untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan yang bersenjatakan topi keledar dan payung.
Empat penunjuk perasaan turut ditahan dalam keganasan itu, selepas kesemua suspek bertindak memecahkan cermin bangunan Parlimen untuk menceroboh masuk ke kawasan larangan tersebut, sekali gus menyebabkan sidang Parlimen terpaksa dibatalkan dan lawatan pengunjung ditangguhkan.
“Polis mengutuk keras tindakan penunjuk perasaan yang secara jelas menganggu ketenteraman awam,” lapor satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Hong Kong.
Penunjuk perasaan prodemokrasi telah berkampung di tiga kawasan utama di Hong Kong sejak tujuh minggu lalu, bagi mendesak pilihan raya bebas diadakan di wilayah autonomi China ini, tetapi sokongan orang awam kepada pergerakan itu dilihat semakin lesu.
Semalam, pihak berkuasa buat kali pertama merobohkan sekatan di kawasan utama bantahan selepas mahkamah mengeluarkan arahan bagi mengalihkan sebarang halangan di kawasan terbabit yang terletak berdekatan bangunan Parlimen. – AFP