Portal Daily Mail Online mendedahkan identiti O'Neill (kiri) yang didakwa telah menembak mati Osama.
Portal Daily Mail Online mendedahkan identiti O'Neill (kiri) yang didakwa telah menembak mati Osama.
LONDON - BRITAIN. Identiti komando Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden akhirnya didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, rangkaian televisyen AS, Fox News dilaporkan telah mempromosikan wawancara eksklusif bersama Rob  O'Neill, 38, yang akan berkongsi pengalamannya ketika menyertai operasi memburu Osama di kediamannya di Pakistan pada 11 Mei 2011.

Bagaimanapun, Daily Mail Online didakwa telah terlebih dahulu mendedahkan identitinya kira-kira seminggu sebelum temu bual itu disiarkan.

Menurut portal berita itu, O'Neill yang berasal dari Butte, Montana bersetuju untuk membuat pendedahan menggemparkan tersebut selepas beliau menamatkan perkhidmatannya selama 16 tahun dalam unit elit tersebut.

Difahamkan, O'Neill pernah ditugaskan di  Iraq dan Afghanistan serta dikurniakan pingat sebanyak 52 kali.

Pada Mac tahun lalu, Esquire turut menerbitkan wawancara mengenai 'lelaki yang menembak mati Osama', namun identitinya dirahsiakan, dipetik dari The Telegraph.