Friday, November 7, 2014

Penunjuk perasaan bertempur lagi

Hong Kong: Penunjuk perasaan prodemokrasi semalam bertempur dengan polis buat kali pertama dalam tempoh lebih dua minggu berikutan lebih banyak tekanan dikenakan untuk menghentikan demonstrasi yang berlangsung sejak lebih sebulan lalu.
Pertempuran selama hampir empat jam itu berlaku di kejiranan Mong Kok - lokasi paling ‘hangat’ antara tiga kem penunjuk perasaan terbabit.
Menurut polis, mereka cuba menangkap seorang lelaki yang menyuluhkan lampu telefon bimbitnya ke arah mata anggota polis menyebabkan penunjuk perasaan lain meredah barisan polis.
Keadaan semakin tegang apabila penunjuk perasaan turut mengejek polis.
Sekitar jam 2.30 pagi, penunjuk perasaan sekali lagi merempuh barisan polis yang membalas dengan penyembur lada seterusnya berjaya memaksa mereka semula ke kem mereka.
Menurut polis, tiga ditahan dalam pertempuran yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan cedera di kepala.
Lebih 30 orang yang memakai topeng Guy Fawkes, orang yang merancang membunuh seorang raja Britain pada 1605 dan menjadi simbol tunjuk perasaan antikapitalis, menyertai penunjuk perasaan yang menuntut demokrasi lebih meluas di bekas tanah jajah Britain berkenaan.
Tunjuk perasaan jalanan itu bermula lewat September lalu selepas Beijing berkata, ia akan menyaring calon untuk bertanding dalam pilihan raya memilih ketua pentadbir di bandar itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:03 AM


Seorang penunjuk perasaan berehat di kem yang didirikan di sebuah jalan utama di Hong Kong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7078#sthash.bDvIsSnJ.dpuf

No comments:

Post a Comment