Putin (kanan) bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sempat mendukung koala sebelum mesyuarat pertama Sidang Kemuncak G20 bermula. - AFP |
Menurut laporan AFP, Akhbar Kommersant mendakwa Putin bertindak sedemikian kerana beliau mahu mengelakkan sebarang konfrontasi mana-mana pihak yang mahu menggunakan sidang kemuncak itu untuk memulaukan Rusia.
Sementara itu, akhbar Vedomosti pula berpendapat Putin sebenarnya mahu mengelakkan pertelingkahan dengan pemimpin Barat yang melontarkan kritikan pedas terhadapnya pada akhir sidang tersebut.
"Sidang kemuncak itu telah dijadikan sebagai medan untuk mengkritik Rusia secara terbuka hingga menyebabkan banyak pihak menuduh Moscow cuba mengelak tekanan Barat berhubung konflik antara negara itu dengan Ukraine," menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, Putin turut memuji suasana konstruktif ketika sidang kemuncak tersebut walaupun dipulaukan dan berdepan tekanan hebat dari negara Barat berhubung krisis dengan Ukraine.
"Konflik tersebut sebenarnya boleh diselesaikan secara baik," katanya.
Dalam perkembangan lain. Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung selama dua hari di Brisbane, Australia akhirnya mencapai kesepakatan dalam beberapa isu yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi global, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan liberalisasi perdagangan.
Sidang Kemuncak kali ke-10 pada tahun depan bakal menyaksikan Turki sebagai tuan rumah.
No comments:
Post a Comment