Tuesday, November 18, 2014

Harga minyak Indonesia akhirnya naik


Jakarta: Hanya sehari selepas pulang dari luar negara, Presiden Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak Rp2,000 (55 sen) menjadikan petrol premium kini dijual pada harga Rp8,500 (RM2.33) seliter dan diesel Rp7,500 (RM2.06) seliter.
Mengumumkan mengenainya semalam, Presiden Jokowi berkata, kerajaan menyediakan kad khas untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
“Untuk mereka, kerajaan menyediakan Kad Keluarga Sejahtera, kad Indonesia Sihat dan Kad Indonesia Pintar,” katanya.
Melalui kad itu, kata Jokowi, rakyat berpendapatan rendah dapat menggunakannya untuk menjaga daya beli serta meningkatkan ekonomi produktif.
Katanya, kerajaan menjangkakan pasti ada pihak yang menyokong dan membantah keputusan kerajaan memotong subsid minyak itu.
“Pada masa sama, kami mengalu-alukan sebarang pandangan daripada rakyat,” katanya.
Jokowi menyatakan, kenaikan harga minyak itu bermula 12 tengah malam tadi.
Sementara itu puluhan penunjuk perasaan daripada Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) menyekat laluan di Jakarta Pusat sebagai memprotes keputusan kerajaan.
Tinjauan mendapati sehingga jam 11.30 malam tadi mereka masih menyekat laluan berkenaan dan membakar tayar.
Keadaan itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu-lintas serius dari arah Tugu Tani menuju Cikini dan Jalan Diponegoro.
Puluhan polis pula dikerah berkawal di situ. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9753#sthash.vlHIy97a.dpuf

No comments:

Post a Comment