Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno. |
Herman berkata, tempoh itu berdasarkan pembentukan Kabinet baharu yang dikenali sebagai Kabinet kerja.
“ Bagi merealisasikan revolusi mental, janji pertama beliau ialah untuk memberikan kemudahan kesihatan secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan kerana selama ini golongan itu tidak mampu untuk ke hospital kerana dikenakan bayaran yang tinggi,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut sudah dimasukan kedalam bajet yang akan dibentangkan pada Januari tahun hadapan.
“Revolusi mental turut dilakukan terhadap barisan Kabinet baharu supaya mereka sentiasa bekerja sekaligus bertanggungjawab terhadap janji-janji mereka.
“Revolusi mental turut dibentangkan di mesyuarat Apec bagi memberi gambaran positif terhadap Kabinet baharu Jokowi di mana soal tanggungjawab portfolio Kabinet diberi keutamaan,” jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, ketika ditanya mengenai hubungan dua hala Indonesia-Malaysia selepas memasuki era Jokowi, Herman berkata, hubungan yang sedia ada sentiasa terjalin erat.
“Hubungan tiada masalah, Cuma masalah Indonesia dan Malaysia hanya melibatkan perbatasan darat dan laut, tetapi perkara itu sudah dibincangkan… misalnya mengenai perbatasan laut delegasi masing-masing sudah bertemu sebanyak 28 kali, dan pertemuan Jokowi serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga sudah diadakan.
“Diharap ada penyelesaian yang saling menuntungkan kedua-dua negara,” katanya.
Revolusi mental merupakan perubahan minda yang ingin dilakukan oleh Jokowi sebaik sahaja memegang jawatan presiden.
"Kita ini kan selalu bicara mengenai fizikal dan ekonomi. Padahal, kekurangan besar kita’ character building’. Oleh sebab itu saya sebut revolusi mental," kata Jokowi seperti dilapor media Indonesia.
Menurut Jokowi, negara Indonesia adalah negara besar. Namun, masyarakat Indonesia sering tidak percaya diri saat menghadapi cabaran zaman. Oleh sebab itu, mindset rakyat Indonesia harus diubah melalui kepemimpinan dirinya.
No comments:
Post a Comment