Tuesday, November 18, 2014

Elak Menipu: Pelajar Ambil Periksa Di Padang, Guru Pakai Teropong


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 10:02 AM
Padang Kolej Shaanxi Sanhe penuh dengan ribuan pelajar yang menduduki peperiksaan bagi mengelak penipuan.

BEIJING: Lebih 1,000 pelajar menduduki peperiksaan di padang sebuah kolej di wilayah Shaanxi kerana pelajar di negara itu dikatakan memang bijak menipu.
Tambah menarik lagi apabila guru bertugas memantau menggunakan teropong dan kamera bagi mengesan sebarang tindak tanduk pelajar sepanjang tempoh pelajar menjawab soalan peperiksaan itu.
Guru di Kolej Shaanxi Sanhe membawa keluar semua kerusi dan meja di kelas ke padang supaya perbuatan menipu termasuk menggunakan gajet canggih dapat dibendung.
Keadaan padang yang terbuka itu membolehkan guru mendapat pemandangan lebih menyeluruh terhadap semua pelajar yang mengambil peperiksaan itu.
Seramai 3,800 pelajar itu mengambil peperiksaan berkenaan secara berkala dalam kumpulan 1,200 dan setiap sesi dipantau 80 guru.
Situasi dan kaedah sama dilakukan sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Ujian itu diadakan dua kali setahun bagi memastikan tahap kebijaksanaan pelajar untuk rujukan majikan apabila melangkah ke alam pekerjaan.

No comments:

Post a Comment