Oleh Zulfa Mohamad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9628#sthash.fez2wICo.dpuf
Tasek Gelugor: Walaupun sudah berusia 22 tahun, Mohd Firdaus Che Omar, masih memerlukan penjagaan seperti bayi termasuk diberikan susu botol dan dipakaikan lampin berikutan menderita penyakit kepala berair sejak lahir.
Bapanya, Che Omar Ismail, 52, yang tinggal di Jalan Besar di sini, berkata, Mohd Firdaus juga belum memiliki MyKad berikutan usaha mereka membuat permohonan kerap terbantut.
Ia berikutan penyakit dihidapi Mohd Firdaus menyebabkan dia sukar bergerak dan lebih selesa menghabiskan masa dengan terlantar di atas tilam di rumah.
"Penyakit anak saya ini sudah dirujuk ke hospital dan dia sudah empat kali menjalani pembedahan, namun keadaannya tetap tidak berubah.
"Kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia turut menyukarkan kami untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan bagi membiayai keperluan harian Mohd Firdaus dari agensi berkaitan," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:37 AM
No comments:
Post a Comment