Kathmandu: Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif semalam menolak kereta kalis peluru yang disediakan oleh India pada sidang kemuncak pemimpin Asia Selatan di ibu negara Nepal ini, minggu depan.
“Nawaz akan membawa keretanya sendiri. Semua kenderaan untuk ketua kerajaan yang lain dibawa dari India,” kata jurucakap Kementerian Luar Nepal, Khaga Nath Adhikari.
Adhikai menafikan langkah itu sebagai satu tindakan menghina yang disasarkan terhadap India.
Hubungan India dan Pakistan semakin tegang sejak Oktober lalu berikutan kejadian tembak-menembak di sempadan, yang paling buruk berlaku sejak beberapa tahun.
“Bukan kerana mereka tidak mahu menggunakan kereta buatan India. Apabila Presiden Amerika Syarikat melawat ke luar negara, beliau juga membawa keretanya sendiri. Ia bukan isu,” kata Adhikari.
Sidang kemuncak Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan itu akan turut dihadiri pemimpin dari Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Maldives dan Sri Lanka.
Ia akan berlangsung pada 26 dan 27 November. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9749#sthash.juHIKteL.dpuf
No comments:
Post a Comment