Tuesday, November 18, 2014

Semua empangan Selangor lepasi paras 50%


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Semua lapan empangan di Selangor mencatatkan peningkatan paras air melepasi kadar 50 peratus, lapor Selangor Kini.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas) setakat jam 8.00 pagi hari ini, Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini berada di paras 54.77 peratus.

Empangan itu pada kira-kira empat bulan lalu berada pada tahap kritikal sehingga menyebabkan penjadualan air dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan air.

Manakala, Empangan Batu mencatatkan (94.75 peratus), Empangan Klang Gate (97.73%), Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) (66.10%) dan Empangan Langat (100%).

Sementara itu, Semenyih (72.73%), Empangan Sg Tinggi (51.81%), Tasik Subang (73.11%).

Peningkatan itu melegakan penduduk Lembah Klang selepas paras air di empangan itu mencatatkan penurunan beberapa bulan lalu yang menyebabkan penjadualan air dilaksanakan.

Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

No comments:

Post a Comment