Monday, March 23, 2015

Ahmad Fathan menang PRK Chempaka

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kota Bharu: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan diumum menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, sebentar tadi.

Pengumuman dibuat Pengurus PRK DUN Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris di pusat penjumlahan undi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, malam tadi.

Ahmad Fathan menang dengan majoriti 10,092 undi mengalahkan empat calon Bebas, Sharif Mahmood yang memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary (51), Fadzillah Hussin (89) dan Aslah Mamat (27).

DUN Chempaka mempunyai 21,890 pengundi dengan 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga pengundi luar negara.

Sehingga pusat pengundian ditutup pada 5 petang, 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab berbanding 85 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Penyandang DUN itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memenangi PRU lalu menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 9:28 PM

CALON PAS, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad (tengah) diraikan penyokongnya sebaik diumumkan memenangi PRK DUN Chempaka di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu. FOTO Fathil Asri/Syamsi Suhaimi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38645#sthash.LnHgRXfc.dpuf

No comments:

Post a Comment