Monday, March 23, 2015

Polis KL nafi pembabitan perhimpunan bantah hudud


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan portal berita mengenai pembabitan pasukan itu dalam perhimpunan bantahan Gerakan Pemuda MCA di depan Ibu Pejabat DAP pusat Jalan Yew mengenai isu Hudud di Kelantan Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis, Datuk Law Hong Soon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
"Kehadiran pasukan polis dalam pehimpunan itu adalah untuk tugas jaga aman atas dasar kawalan keselamatan awam semata-mata sebagaimana kawalan terhadap perhimpunan lain.
"Polis memandang serius perkara ini dan sudah membuat laporan melalui Ketua Polis Balai Setapak kerana tuduhan itu tidak benar dan berunsur fitnah terhadap polis malah kertas siasatan juga sudah dibuka," katanya.
Beliau berkata, orang ramai diminta menghubungi Ketua Polis Daerah bagi mendapatkan maklumat berhubung penugasan polis di tempat awam dan jangan membuat andaian atau mengeluarkan kenyataan sendiri sehingga boleh menimbulkan kegusaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38619#sthash.kgcYDPln.dpuf

No comments:

Post a Comment