Monday, March 23, 2015

Sultan Johor dimahkota hari ini



SULTAN IBRAHIM dan isteri baginda, Raja Zarith Sofiah.


JOHOR BAHRU – Selepas 55 tahun, rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Johor berpeluang menyaksikan satu catatan sejarah baharu terpahat hari ini dengan berlangsungnya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang kelima, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas hampir empat tahun menaiki takhta pada 23 Januari 2010.
Hari ini merupakan saat yang dinanti-nantikan kerana dalam istiadat kemahkotaan kali ini juga isteri Sultan Ibrahim iaitu Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah juga akan dikurniakan gelaran Permaisuri Johor.
Kali terakhir istiadat kemahkotaan berlangsung adalah pada 10 Februari 1960 iaitu ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultanah Aminah dimahkotakan.
Johor merupakan negeri Melayu pertama yang mengadakan istiadat kemahkotaan iaitu pada tahun 1886 diikuti oleh Selangor pada tahun 1903, Terengganu (1920) dan Kelantan (1921).
Pada istiadat tersebut, mufti akan meletakkan mahkota di kepala Sultan dan Sultanah dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad serta doa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3VAAx4cJS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment