Monday, March 23, 2015

Hudud: DAP beku kerjasama dengan PAS di Sabah


Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: DAP Sabah bertindak memutuskan untuk membekukan sebarang kerjasama dengan PAS Sabah berikutan tindakan PAS yang didakwa mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama pakatan pembangkang apabila meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 sebelum ini, berkuat kuasa hari ini.
Pengerusinya, Jimmy Wong Sze Phin berkata, DAP Sabah melihat senario di Kelantan sebagai kegagalan terbesar PAS berpegang pada janji dalam kerjasamanya dengan pakatan pembangkang
"Selari dengan pendirian parti, DAP Sabah tegas membantah pelaksanaan undang-undang hudud bukan kerana ia undang-undang Islam tetapi kerana hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Merujuk Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjadi sumber kepada semua undang-undang.
"Perkara 75 pula menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.
"Apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah dengan mendapat restu dan sokongan wakil UMNO negeri itu, ia memberi tamparan hebat kepada rakyat Sabah yang dikuasai BN dengan memenangi 48 dari 60 kerusi DUN yang pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38634#sthash.f9RyP48m.dpuf

No comments:

Post a Comment