Monday, March 23, 2015

Aktivis letak keranda depan White House


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015

 Aktivis letak keranda depan White House
Aktivis letak keranda depan White House Puluhan aktivis berhimpun di hadapan Rumah Putih sambil membawa sepanduk dan keranda. Foto: AFP

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Aktivis  anti perang dilaporkan mengadakan protes di hadapan White House sebelum bergerak ke Capitol sempena ulang tahun ke-12 pencerobohan Iraq dan perang yang tidak berkesudahan di negara itu.

Penunjuk perasaan turut meletakkan keranda palsu di hadapan White House dan berhampiran pejabat Ahli Parlimen serta beberapa syarikat kontraktor keselamatan di sekitar Washington.

Difahamkan, perhimpunan dikenali sebagai Spring Rising itu dianjurkan ANSWER Coalition, sebuah kumpulan terdiri daripada pelbagai organisasi hak anti perang dan awam khusus untuk memerangi perkauman serta imperialisme.

Aktivis mengutuk keras peperangan di Iraq dan Afghanistan, serangan jet pejuang yang menyasarkan orang awam di Pakistan, Yaman, dan Somalia serta provokasi Amerika Syarikat di Rusia, Ukraine dan Eropah Timur.

Salah seorang penganjur Cindy Sheehan mengkritik Presiden Barack Obama kerana meluaskan perang AS ke lebih banyak negara, berbanding pemimpin sebelumnya George W Bush.

Perhimpunan sama juga diadakan di Los Angeles di mana mereka menyelar penglibatan tentera AS di Iraq, Syria dan Afghanistan. - Press TV

No comments:

Post a Comment