Najmiah (kiri) bergurau mesra dengan ibunya ketika ditemui rumahnya di Parit 7A, Sungai Manik, semalam. |
SUNGAI MANIK - Kerana ingin menjaga ibunya yang semakin uzur, seorang wanita di sini sanggup menolak pinangan dan bertekad tidak mahu berkahwin sehingga kini.
Najmiah Zarkasi, 57, berkata, walaupun banyak pinangan diterimanya namun dia terpaksa menolak kerana berniat mahu melunaskan tanggungjawab menjaga ibunya, Minah Ijom, 76, selepas kematian ayah pada 2009.
Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja di sebuah kilang di Ipoh namun berhenti kerja selepas arwah ayahnya, Zarkasi Mansor lumpuh pada 2005 dengan niat untuk menjaga mereka berdua.
“Bukan satu atau dua tetapi hampir lima orang datang merisik, saya tolak secara baik demi kasih kepada arwah ayah dan ibu, saya nekad tidak berkahwin sehingga kini kerana mahu menjaga mereka,” katanya yang tinggal di Parit 7A, Sungai Manik, di sini,
Najmiah berkata, walaupun mempunyai adik-beradik lain, tetapi mereka ada tanggungjawab kepada keluarga masing-masing.
Bagaimanapun katanya, adik beradiknya sering pulang melawat dia dan ibunya.
Katanya, sebelum ini, adik-beradiknya ada menyuruh dia berkahwin namun belum terdetik di dalam hati untuk berumah tangga kerana mahu menjaga ibunya sehingga akhir hayat.
"Saya tidak berasa menyesal kerana tidak berkahwin malahan berbangga dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan menjaga ibu dengan sebaik mungkin.
“Saya pernah dicop anak dara tua tetapi saya tidak pernah ambil peduli kerana memang niat saya mahu menjaga arwah ayah dan ibu sehingga nafas mereka terakhir,” katanya.

No comments:
Post a Comment