Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang |
KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara tidak ada kuasa untuk menyiasat dakwaan yang dilaporkan portal antarabangsa Wall Street Journal ( WSJ) berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, apa yang didedahkan portal tersebut di luar bidang kuasanya.
Bagaimanapun, menurutnya, Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mampu menyiasat hal yang dibangkitkan pihak terbabit.
"Kita tidak boleh tengok akaun orang lain, kita tiada kuasa. Bank Negara boleh, mereka sudah ada dalam Pasukan Petugas Khas itu, jadi biarlah mereka lakukan tugas mereka," katanya ketika ditemui media selepas membentangkan Laporan Interim terhadap 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen semalam.
Minggu lalu, WSJ mendedahkan terdapat penyaluran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM2.6 bilion. Menerusi kenyataan bersama semalam, Pasukan Petugas Khas memaklumkan enam akaun bank yang dibekukan sebelum ini tidak termasuk milik perdana menteri.

No comments:
Post a Comment