Thursday, July 9, 2015

Upah Pemuzik Kejutkan Penduduk Bangun Sahur


Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 12:00 PM
Orkes Vigra membuat persembahan di sebuah warung bagi menghiburkan orang ramai selepas menunaikan solat tarawih.

MAKASSAR: Pendapatan yang berkurangan sepanjang Ramadan mendorong sekumpulan pemuzik Indonesia mencari jalan untuk menampilkan kelainan bagi menarik perhatian ramai.
Akhirnya pentas bergerak menjadi pilihan Orkes Vigra untuk membolehkan mereka membuat persembahan di pelbagai lokasi.
Bukan sahaja menghiburkan orang ramai selepas menunaikan solat tarawih, malahan mereka juga diupah membuat persembahan bagi mengejutkan penduduk bangun bersahur.
Baru-baru ini, dua penyanyinya, Dewi berusia 21 tahun dan Reski, 19 menyanyikan lagu dangdut di hadapan sebuah warung.
Tambah menarik lagi apabila pentas bergerak itu hanya ditarik motosikal.
Ketua Orkes Vigra Alam, 40, berkata, pada setiap malam mereka akan bergerak ke setiap restoran yang biasanya dipenuhi pelanggan selepas selesai solat Tarawih.
“Pada bulan Ramadan, jemputan untuk membuat persembahan pada majlis tertentu sangat kurang. Kami terpaksa bergerak untuk mencari pelanggan.
“Setiap malam kami peroleh pendapatan purata sekitar Rp500,000 (RM143) dan Rp700,000 (RM200) yang dibahagikan bersama anggota lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment