PKR menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti bagi sementara penyiasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.
Malah, susulan laporan terkini Wall Street Journal (WSJ) hari ini, Naib Presidennya Tian Chua turut menggesa supaya Najib meletakkan jawatan bagi menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap pendedahan itu.
"Perdana menteri tak ada pilihan lain sama ada letak jawatan atau sekurang-kurangnya ambil cuti untuk benarkan siasatan dijalankan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Selain itu, ahli parlimen Batu itu juga berkata, sekiranya laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa itu tidak benar, beliau meminta supaya pihak kerajaan menyaman WSJ berikutan laporan tersebut.
"Saya desak perdana menteri yang sebelum ini menyamanMalaysiakini dan Rafizi, jika laporan itu tidak tepat saya desak kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras kepada WSJ untuk menyaman mereka kerana laporan yang tidak tepat itu," katanya lagi.
Selain itu, Tian juga menyeru supaya kerajaan Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pendedahan terbaru itu.
Tunjuk dokumen perjanjian
Katanya, pihak kerajaan tidak boleh mengendahkan laporan WSJ mengenai 1MDB dan perlu menepis dakwaan ini dengan menunjukkan dokumen perjanjian 1MDB yang sebenar kepada rakyat.
"Kerajaan tak boleh abaikan laporan ini. Sekurang-kurangnya kerajaan mesti menangkis dakwaan ini.
"Ini bukan permusuhan antara PKR dan Umno, ini perkara berkaitan kepentingan rakyat umum. Ini adalah untuk kepentingan negara," katanya lagi.
WSJ hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Najib.
WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang diperoleh oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.
Sementara itu, Sarawak Report pula melaporkan bahawa sebanyak AS681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013.
Wang itu didakwa dipindahkan dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

No comments:
Post a Comment