30 JULAI 2015
JOHOR BAHRU - Persatuan Pemuda Puteri Malaysia Bersatu (Perimau) Johor yakin keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet akan beri impak negatif terhadap imej dan kredibiliti Perdana Menteri.
Presidennya, Mohd Ridwan Othman berkata, tindakan menggugurkan Ahli Parlimen Pagoh itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Rakyat mahu tahu alasan sebenar pengguguran Muhyiddin, jika disebabkan kenyataan beliau berhubung skandal 1MDB, keputusan Perdana Menteri disifatkan tidak matang dan menyekat hak bersuara.
“Jika Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno pun tidak bersuara, inikan pula pandangan di peringkat akar umbi. Kita percaya tindakan ini semakin melemahkan kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri.
“Rakyat sebelum ini masih belum jelas berhubung isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diikuti skandal 1MDB dan terkini isu rombakan Kabinet dan pengguguran Muhyiddin terus mendapat perhatian umum,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, rakyat semakin bijak menilai untuk menyatakan sokongan, justeru Najib dilihat membuat kesilapan dalam membuat keputusan menggugurkan Muhyiddin hanya disebabkan teguran dibuat.
“Sepatutnya Presiden Umno perlu bersifat terbuka dalam memulihkan kekuatan parti untuk mendapatkan semula sokongan rakyat dan bukannya menggugurkan pemimpin yang membawa suara rakyat’,” katanya.

Muhyiddin |

No comments:
Post a Comment