MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 OGOS 2015
'Peserta Melayu tak bermakna mereka sokong Najib'
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan yang mengatakan perhimpunan Bersih 4.0 didominasi kaum Cina dan wujudnya propoganda perkaumanan adalah tidak benar.
Ujarnya, tuduhan itu sengaja dicetuskan sedangkan hakikatnya 30 peratus daripada peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.
“Bukan semua Melayu yang tak hadir itu menyokong dan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang saya sendiri tinjau ialah 30 peratus peserta perhimpunan adalah orang Melayu. Jadi tidak timbul sama sekali propaganda perkauman," katanya pagi ini ketika berucap di Dataran Merdeka, pagi tadi.
Menggulas lanjut, Khalid berkata oleh kerana perhimpunan kali ini bertambah ramai sehingga menyebabkan penyokong Melayu nampak berkurangan.
Himpunan Bersih 4.0 berlangsung selama dua hari, hari ini merupakan hari terakhir Himpunan ini yang mana akan tamat pada pukul 12 malam ini.
Setakat ini himpunan berlangsung aman, dan peserta makin bertambah dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment