Sunday, August 30, 2015

Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
30 OGOS 2015Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka
Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' bergema di sekitar Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Pemimpin DAP, RSN Rayes mengajak peserta menyatakan sokongan itu dan mengutuk pemimpin Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya minta kita semua laungkan menyokong Sultan Johor. Saya beritahu pemimpin Umno, Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz) jangan kurang ajar dan biadab.

"Siapa dia berani mahu lawan sultan? Kita akan pertahankan institusi diraja," katanya kepada ribuan peserta Bersih 4.0 di pentas utama himpunan itu, di Dataran Merdeka.

Sejurus itu, laungan Daulat Tuanku terus bergema beberapa kali sebelum disambut dengan sorakan daripada para peserta.

Terdahulu, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelantangannya bersama ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pelbagai isu demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami bersuara demi rakyat']

No comments:

Post a Comment