SEPANG – Sepasukan anggota dan pegawai bomba terkejut apabila menemui senaskhah al-Quran yang masih utuh sebaik berjaya memadamkan kebakaran yang menyebabkan 59 buah rumah kongsi termasuk sebuah surau hangus kelmarin.
Kejadian kebakaran pada pukul 4.41 petang di Kampung Haji Aminuddin, Dengkil di sini itu menyebabkan kira-kira 180 penghuni yang merupakan buruh warga Indonesia dan Pakistan hilang tempat tinggal.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Ismail Kassim berkata, buruh tersebut membina rumah kongsi tersebut di situ kerana bekerja di beberapa kawasan pembinaan di sekitar Putrajaya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3jOsjSk7Y
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment