Friday, August 21, 2015

Bersih 4.0 tidak dapat permit



Ribuan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merempuh penghadang di Dataran Merdeka pada 2012.


KUALA LUMPUR – Tiada permit dikeluarkan kepada penganjur Bersih 4.0 malah mereka masih belum memenuhi ketetapan Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos nanti.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, polis menerima notis pemberitahuan daripada pihak penganjur kelmarin, namun dokumen berkenaan tidak lengkap kerana tidak menyertakan kebenaran pemilik lokasi berhimpun.
“Mereka perlu menghantar dokumen itu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, selepas menerimanya baru kami akan mempertimbangkan permohonan mereka.
“Sehingga semalam, penganjur gagal memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perhimpunan tersebut di bandar raya ini kerana tiada lokasi sesuai untuk penganjur mengadakan perhimpunan dan mengikut peraturan, tiada permit boleh dikeluarkan sekiranya penganjur gagal menyertakan kebenaran pemilik lokasi,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3jOt0lkO4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment