Thursday, December 20, 2012

Militan sasar petugas kempen antipolio

SEORANG kakitangan kesihatan diberikan rawatan kecemasan selepas cedera parah akibat diserang militan di Peshawar, semalam.
SEORANG kakitangan kesihatan diberikan rawatan kecemasan selepas cedera parah akibat diserang militan di Peshawar, semalam.
PESHAWAR: Penyerang bersenjata meningkatkan serangan baru ke atas pekerja kesihatan yang membawa vaksin polio, semalam, menjadikan korban keganasan itu meningkat kepada sembilan orang.
Kejadian terbaru itu turut mendorong Unicef dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung kempen yang dibantah Taliban itu. Serangan semalam membabitkan seorang petugas wanita dan pemandunya yang ditembak mati di Charsadda, dekat Peshawar.

Pegawai polis Peshawar, Wajid Khan, berkata sebelum itu, seorang lagi pekerja kesihatan dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika memberikan titisan vaksin polio kepada orang awam “Dua lagi pasukan penyedia vaksin dijadikan sasaran di bandar Nowshera dan Charsadda, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pakistan adalah satu daripada tiga negara di dunia yang masih berdepan wabak polio, tetapi usaha mengekang penyakit itu selalu diganggu akibat bantahan Taliban.

Beberapa kawasan yang dikuasai militan itu mengharamkan vaksin berkenaan diberi kepada orang awam. Sejak kempen disokong PBB dijalankan di seluruh Pakistan Isnin lalu, sembilan orang pekerja kesihatan terbunuh dalam serangan yang berlaku setiap hari. Seorang kakitangan maut ditembak di Karachi pada Isnin dan empat lagi dibunuh di bandar itu kelmarin.

Seorang lagi mangsa dibunuh di Peshawar. Khabar angin kononnya vaksin polio itu adalah taktik Barat meracuni umat Islam menghalang usaha mengatasi wabak berkenaan di Pakistan.


Kecurigaan program itu semakin menebal apabila seorang doktor membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden dengan berselindung di sebalik kempen membasmi hepatitis pada 2011. Kes polio menurun kepada 28 pada 2005 tetapi meningkat ketara kepada 198 pada 2011 - angka tertinggi sepanjang tempoh lebih sedekad. - AFP

No comments:

Post a Comment